Phlebopus marginatus
Phlebopus marginatus

Phlebopus marginatus

Phlebopus marginatus dikenali orang ramai sebagai cendawan gam salmon di barat Australia dan barangkali adalah cendawan daratan terbesar di Australia dengan berat salah satu cendawan yang dikutip di Victoria ialah 29 kilogram (64 paun). Cendawan ini tampak mengagumkan di dalam hutan di tenggara dan barat daya Australia. Pada awalnya, cendawan ini dinamakan sebagai Boletus marginatus pada tahun 1845[1] malah sebelum ini terkenal dengan nama saintifik Phaeogyroporus portentosus dan Boletus portentosus walaupun cendawan ini jauh sekali tergolong dalam tipikal boletes seperti yang difikirkan sebelum ini.[2]Nama generik ini merupakan terbitan deripada perkataan Greek iaitu Φλεβο- bermaksud "urat" manakala πους bermaksud "kaki".[3]